April 27, 2009

I thought he was the Tuan Kicik

Aku merenung jauh ke dalam balai ketibaan, meneliti setiap penumpang yang sibuk dengan urusan menuntut bagasi masing-masing.

“Mungkin yang baju putih tu tuan,” tunjuk Pakcik Tahir.

“Tak mungkin la Pakcik. Muda sangat,” jawabku. Aku telah diberitahu bahawa manager baruku berbangsa India, berpindah dari ladang Sungai Paloh di Johor. Dia aku gambarkan berkulit gelap, berkumis tebal, berantai emas dan kolar baju diangkat funky. Gesture halus untuk menyatakan, “Aku ganas. Aku garang. Jangan main-main denganku. Aku adalah mimpi paling burukmu!”

Cemas…

Kertas yang tertulis DAMAI ESTATE ku angkat ke paras dada, “Cukup besar kah tulisan ini? Akan nampak kah dia? Apa yang aku perlu ucapkan nanti? Yang mana harus aku lakukan dulu? Berjabat tangan kah atau ucap selamat kah?”

Gugup…

Mataku terpandang pada seorang lelaki India yang beransur keluar dari balai ketibaan. Menyeringai, langsung menzahirkan baris giginya yang maha putih itu. “Damai Estate?” soalnya seraya berjabat tangan dengan Pakcik Tahir.

Eh eh!!! Apa ni? Kenapa bukan dengan aku dulu? Pakcik Tahir menoleh laju ke arahku, terkedu dan terkejut. Aku sentap. Kalut…

“Err sir welcome to Bintulu. I’m Hidney, your assistant and this is Pakcik Tahir, our driver.”

“Very sorry. I thought he was the Tuan Kicik. Very sorry ah…”

Asssudeeeh!!!

“Please can we somewhere else first? Maybe you can tell me all about yourself over some coffee.” Ujarnya. Aku dapat rasakan ada butir-butir cemas pada tona katanya. Gementar kah dia? Gorgeous sangat kah aku? Bukan kah aku yang sepatutnya gementar? Just great...

I’MNOSUPERMANLAH: Aku sudah berkira-kira untuk memohon cuti lagi. Jahat kan aku? Suka mengambil kesempatan pada golongan yang lemah o_0

5 ulasan:

arep said...

i rela..

p/s: i lemah jugak ni.. hehehe

-cD- said...

Seorang insan yang pandai mengambil kesempatan.. huhuhu

p/s: Tuan kecik yg licik..

W. Hidney said...

arep... apo? hehe

ucuk... hehe kannn

Shekinah Jane said...

Tuan kicik...muahahah..you made my day again!!!

W. Hidney said...

babe... hehe i'm glad to know that. miss u la wei

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...