April 9, 2009

Cerita Bujang dan Seriah

Balingian, di suatu petang Sabtu, 1978. Tetamu jauh dan dekat sudah tiba, bersalaman dengan tuan rumah sambil menghulurkan sumbangan mereka. Tuan rumah tersenyum gembira, sekurang-kurangnya kurang sedikit beban belanja majlis perkahwinan anak terunanya itu.

Di dapur, kaum-kaum ibu sibuk menyiapkan sajian. Cerita menarik dikongsi bersama, yang terkadang mengundang gelak diantara mereka. Di suatu sudut, Seriah hanya mampu tersenyum melihat gelagat kaum-kaum ibu itu. Tidak sopan baginya untuk menyampuk perbualan orang yang jauh lebih berumur darinya. Pun begitu, pandangannya lekat pada Bujang, anak buah kepada tuan rumah. Bujang perasan yang dia sedang diperhatikan oleh Seriah, namun tidak pula dia berani untuk merenung kembali. Malu...

“Bujang! Angkat lagi kayu api. Kayu tak cukup ni.” Bujang menurut dan segera berlalu, mengerling seketika ke arah Seriah dan tersenyum.

“Bujang yer nama kau. Tastenyer abang. Me likey!!!” Seriah bermonolog dengan diri sendiri.

8 April 2009, genap 30 tahun perkahwinan Seriah Unus dengan bujangnya, Wahid Ahmad. Telah menetap di daerah damai Mukah, di rumah kecil dipinggir pantai. Dikurniakan dengan 8 cahaya mata dan seorang cucu, keduanya bahagia meniti hidup yang pastinya telah bewarna indah.

I'MNOSUPERMANLAH: Happy anniversary to both of you mak ayah. Hidney sayang kamoo…

11 ulasan:

Pepper said...

Aaaaw! So sweet!

Hidney, I love Seriah's monologue. XD!

W. Hidney said...

hehehe... its not like what my mum told me lah. i jer yg nak tambah2. buat sedapkan cerita

~~ ms. libra ~~ said...

alah....sweetnya!!!! semoga kekal bahagia hgga ke syurga....amin amin amin....

W. Hidney said...

amin amin amin...

eQbalzack said...

harap jodoh kita panjang juga ye..heheh

W. Hidney said...

hehehe amin. semoga kita kekal hingga anak cucu yer abang eq

Shekinah Jane said...

touched...

Dom said...

hp anniversary to ur parents deng..

W. Hidney said...

jane... really? great... hehehe

sean... thanks deng

Wawa said...

Wah..sgt romantic ok..

W. Hidney said...

sangat romantik kak... anak2 kat rumah kadang2 tak selesa hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...