November 12, 2008

Gemuruh harapan

Tidurku nyenyak malam tadi selepas aku bersembang panjang dengan diriku sendiri, memuhasabahkan diri tentang apa yang aku mahu dalam hidup. Aku tahu aku perlu berhenti berharap. Tiada apa yang ada untuk aku di situ...

"Beginilah Hidney. Saya akan lihat balik resume yang awak hantar selepas saya balik ke Kuala Lumpur esok. Nanti bila ada kekosongan, saya akan hubungi awak."

"Terima kasih tuan. Terima kasih banyak-banyak." Senyum terukir di bibirku, menyembunyikan perasaan sebenar yang telah parah dengan kekecewaan. Tapi itu bukan dosanya. Jalan itu yang aku pilih dan aku aku tersesat dalam percaturan yang telah aku cipta sendiri.

Lagipun ini bukanlah pertama kali aku telah kecewa dengan harapan yang pernah di berikan kepadaku dan kemudiannya dirampas kembali. Namun lumrah manusia, tidak pernah berhenti belajar. Tegar dengan kegigihan yang kadang-kadang mampu merosakkan diri sendiri.

Hidup perlu diteruskan. Esok... dengan baki semangat yang ada, aku akan cuba bernafas dengan harapan baru. Melangkah dengan lebih berani dan memandang terus ke hadapan. Mampukah?

I'MNOSUPERMANLAH: Tuhan, bantu aku...

6 ulasan:

-cD- said...

Ermmm bukan ucuk sowang je yg kecewa... x pe belom rezeki tu..

Hidney said...

tu la... bukan kecewa pasal kena reject. tapi kecewa sebab lepas hampir setahun menunggu, baru semlm dapat jawapan tu. mcm buang masa jer...

[danial][ma] said...

hej! hidney...that's call life...;-)

Hidney said...

yup danial... that's life. unfair and cruel at times...

miezi said...

tak salah berharap, asalkan ia realistik.
penantian satu penyeksaan, but who knows ada hikmah disebaliknya kan?

Cheers!!

Hidney said...

thanks miezi... 10 cheers for that

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...