October 2, 2008

Raya this year

Raya is in the air. Takbir, pelita, lemang, rendang dan ketupat... semuanya ada. Namun tidak semua yang aku rasakan seperti selalu. Tahun ni Ida dan As beraya di rumah keluarga mertua masing-masing di Kuching dan Lundu. Aku dapat rasakan... I'm not the only one who misses both of them. Mum was crying when Ida called last night. Dad was craying too this morning. The last time I saw dad cried was when he kissed Ida's forehead during her wedding day.

Pagi tadi Boyo datang membawa lemang yang mak pesan beberapa hari lepas. Tak banyak... dua batang jer.

"Dua jer? Tahun ni kita tak berkumpul di rumah nenek ker mak?" tanyaku kepada mak.

"Tak."

Sebelum nenek meninggal dunia tahun lepas, the whole family akan berkumpul di rumah nenek di Kampung Penakub. Masing-masing datang dengan juadah dan cerita baru, sambil melepas kerinduan diantara mereka. Menegurku lantas menanyakan soalan lazim, "Bila kau nak kawin?" I guess it won't be happening this year.

"Lepas sembahyang nanti, kita pergi kubur nenek nanti ek?" kata ayah...

Menjelang dinihari, things are getting better. Ramai sanak saudara yang datang berkunjung ke rumah. Seperti tahun-tahun yang sudah, masing-masing akan berborak galak sambil bergelak tawa. Sedikit demi sedikit, kekurangan raya tahun ni dapat dilupakan. Alhamdulillah...

Disebelah malamnya pula, aku bersama dengan rakan sekelas ku di SMK Three Rivers dulu berjalan raya sama. Sudah beberapa tahun amalan WAJIB ini kami lakukan, since 1998. Lama juga... Sewaktu mula-mula dulu, kami akan berkonvoi dengan basikal. Yeah people... BASIKAL! Now bila masing-masing dah bekerja, basikal dah tak pakai dah. Hmm elok jugak kalau next year berkonvoi pakai basikal balik. I bet we'll be talking about it for years to come. Now where is that old basikal of mine eih? Tapi laratkah Shirina? Hehehe ampun...
.
Tak banyak rumah yang kami kunjungi tahun ni. Ramai yang tak balik raya atau mungkin sibuk dengan urusan masing-masing. Tapi aku tak kisah, kehadiran 'ahli-ahli tetap' seperti Amit, Janet, Syirina, Yasmin dan Azizah telah membuatkan rayaku lebih berwana tahun ni.

"Tuan pengarah, jangan lupa emailkan semua gambar malam ni ek. Ingat tu..." kata Shirina yang gemar benar memanggil aku Tuan Pengarah. "Sure... rerajin lah jenguk my blog."

I'MNOSUPERMANLAH: 10 years and going strong...

2 ulasan:

eQbalzack said...

eh! sama la kita kaler ijau...sehati sejiwa kita kannn..hehe

Hidney said...

kannnnnn...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...