October 4, 2008

Of raya kedua, Mak Ngah and isu kahwin lagi

“Bila kau nak kahwin?” Satu soalan yang tak pernah lekang ditanya kepadaku saban tahun di hari raya. Hmmm that marriage question. Telah jenuh aku menjawab, telah banyak alasan yang aku utarakan, namun akan tetap mengundang rasa tidak puas di hati mereka. Sebenarnya mereka faham, tapi sengaja mahu tidak faham. Banyak lagi soalan yang boleh ditanya buat rencah bicara. Sebagai contoh…

1. Siapa yang menang F1 kat Singapore hari tu ah?
2. Agaknya siapa yang boleh menang kerusi Timbalan Presiden Amerika Syarikat ek?
3. Apa cerita projek angkasawan pertama China?
4. Berapa banyak B747 yang boleh muat dalam Gua Mulu?

Pilih jer yang mana nak. Tak susah kan?

Berikut adalah satu insiden makan bahulu kejung dan menyalakan rokok daun di anjung rumah, di suatu petang di hari raya kedua.

“Jangan lama-lama Ney. Nanti tak laku. Tengok kakak kau tu. Dah kawin… Adik kau tu pun dah nak dapat anak. Kau tu anak kedua. Anak jantan sulung. Mak ayah kau tu bukannya makin muda. Aku tak tahulah apa kejadian engkau ni. Kau memilih sangat ker? Sepupu Pak Anjang kau tu, bukannya tak lawa aku tengok. Susah-susah kau kahwin jer lah dengan dia. Balik raya pun tak payah nak gaduh. Rumah dekat jer…”

“Mak Ngah… bukannya Ney tak nak kahwin, bukan jugak terlalu memilih… awal lagi. Tak habis lagi tempat Ney pusing. Morocco tak sampai lagi. Alah… biarlah dulu. Lagipun Ida dah kawin, As pulak dah nak dapat baby. Elok benar lah tu. Rezeki masing-masing. Mak ayah boleh faham lah Mak Ngah. Lagipun siapa nak bagi duit kat diorang kalau Ney kahwin nanti? Adik-adik yang lain belajar lagi. Si Ijah tu baru jer dapat kerja. Makan pun Ney yang tolong bayarkan.”

“Ni lah budak-budak zaman sekarang. Satu ditanya, sepuluh yang dijawabnya. Tak hormat orang tua langsung. Aihhhh…”

“Kalau diam maksudnya setuju lah Mak Ngah. Sebab Ney tak setuju lah Ney menjawab. Dalam sepuluh yang Ney jawab, takkan satu pun tak betul. Betul tak mak?”

“Tengok tu Seriah. Lancar jer mulut anak kau ni menjawab aku. Kurang hajar! Baru jer tadi mintak ampun. Berdosa tau menjawab orang tua!”

“Biarlah dia tu kak. Betul jugak apa yang dia cakap tu…”

“Aihhhh korang ni. Mak dengan anak sama jer!”

“Ish akak ni. Ke situ pulak dia. Tak elok cakap macam tu dalam bulan baik ni.”

“Aku ni cakap benda yang betul bah. Kalau tak betul aku tak cakap. Aku ni dah tua. Dah banyak makan garam.”

“Eh kak… si Ahad tu bila pulak nak kawin? Dah elok bergaji besar tu. Rumah dah ada, kereta pun dah ada. Rupa pun boleh tahan. Tak ada yang berkenan ker?”

“A’ah la Mak Ngah. Tu anak tunggal tu. Tak teringin Mak Ngah nak bercucu? Sepupu Pak Anjang tu single lagi. Gi ler merisik. Kalau tak Ney ambik. Tak payah ler nak bergaduh besar bila balik raya. Rumah kan dekat jer…”

“Errr…”

"Nak tambah garam lagi Mak Ngah?"

Kuman seekor di negeri China nampak, gajah depan mata tak nampak.
Bagai menjaga tepi kain orang, kain sendiri terlondeh tidak tahu.
Menyukat baju biar di badan sendiri.
Bagai bercakap dengan burung tiong.
Menganyam ketupat biar rapat, kalau tak bocor cu.
Eh… Apa Man dah buat?
Telefon pun tak ker ayah?
Oppss terlebih sudah!!!
Selamat hari raya…

I’MNOSUPERMANWHOWILLPOKEYOUBACKIFYOUPOKEDME: Sayangggggggg mak…

20 ulasan:

miezi said...

haha..even aku yg muda dan manis ni pon juga diajukan soklan yg sama ketika blk kg hari tu..errr..suffocated giler.

Shekinah Jane said...

true true...support u...but dear..what if the makcik that ask me to kahwin, her 6 daughter and sons all already kahwin? what excuse? dayum....

Hidney said...

haha kannn miezi. rimas lah kalau asyik tanya soalan yang sama

Hidney said...

haha babe... show her your tats and said this to her face, "I've experienced pain in getting this. dont you think your question would be a celah gigi for me? mind your own business!!!" hehe amacam?

or maybe you can pull the you-are-next-at-the-kubur-joke for her. hahaha

CapTaiN HooKeD said...

NOk, mak pun slalu kena tau soklan cepu emas itu. Slalu la depa panggil aku ANDARTU, slalu la depa kata KILANG ANAK aku dah EXPIRED. Tapi anak depa berlambak2 tak kawen lagi. Bila ko dah kawen pulak, depa sibuk tanya bila ko nak ada anak. Bila ko takde anak depa pulak mula speku mcm2. Bagi pressure kat ko dan spouse ko. Bila spouse ko tak tahan ngan sikap sedara ko. Mrasa la spouse ko mintak talak tiga!!!! So mak amik ikhtibar, sedara mara boleh jadi punca keruntuhan rumah tangga. Deswai I distant myself from them. I prefer to be with my own siblings!!!!! Dah la ekonomi dan politik negara tak stabil, nak kawen hapenye!!!! Nak tampung perbelanjaan sendiri pun tak cukup, ada hati nak bagi makan anak org, blom lagi kalau branak, anak sendiri pun tak tersuap!!!

Shekinah Jane said...

haha..good one..but later she use sand paper to erase my tattoo then u know...

Mazri Mansor said...

LOL HI Hidney! look who decided to pop into your blog, hehe

that was a really funny incident, lol, but I get the whole story. Yeahh I get that alot too!, the whole 'anak teruna bila nak kahwin' scenario, as recent as couple of days ago at my aunts! you know what I said?

"you know, us men, we get better with age, the more seasoned we become, the more polish we will be, and besides, men are like chocolates, the richer, the better" wakkkakakakakak

Always reply with a joke, at least that's what I did, and you should have seen the look on their faces, like

"what a jerk!" lol.

Enjoy your Eid my friend! love your blog!
~Mazri

Hidney said...

mek setuju tu noks... dok bz nak atur hidup org, hidup sendiri tak terurus. lagu mana?

yang penting kita sabar noks. sabar tu separuh dari iman...

peace...

Hidney said...

babe... can too. she can use the sand paper to erase ur tats... bt u can always do a new one ma... henna version maybe. then we both equal la hahaha

Hidney said...

dear mazri... hey thanks for stopping by. finally lah kan... hehehe

i have to agree with you on the men and choc issue. its a good one really. now i have another excuse to make them stop asking

-cD- said...

yeyyyy yeyyyy bestnya jawapan yg ucuk bagi tu.. sure sentap gile mak ngah kan?

p/s: mak ngah ada darah tinggi x? dia kata dah makan garam banyak... x yah ler tambah lagik.. oopssss.. mak ngah ampun, terlazer plak di hari raye...

EaN said...

dah banyak makan garam...
yalah mulutnya hilang kemanisan...
nak?
anak nya x nikah,poret ng anak urg juak..
apu..

Shekinah Jane said...

henna? no no no ...kurang macho later..ahaks...but i am sure u can stand the real pain if u can do it lah...hint hint...

Hidney said...

ucuk... kata org kalau nak lazer biar bertempat. haaaa ni la tempatnya. jom lazer lagi. lagipun... mak ngah tak ada blogspot wakakaka

Hidney said...

hahaha ean... nya la ya. memoret anak bujang orang. anak kedirik sik ditangga dolok

Hidney said...

oh babe... having a real tats is a definite wild dreams of mine. but that will never happen... period. so i better stick to henna tats jak. hehehe

machoness lies in eye of the beholder. not on their henna tats haha

Shekinah Jane said...

hmmm..ayu lah tu...maybe i should get one henna too..to soften mua...ahaks ahaks..uwek....

EaN said...

mudah anak bujang nya x secute ktk nak abg hidney?
yalah nya riso...
ahhahahahhaha

thegossiplounge said...

Abang dara!

Hidney said...

abang dara? siapa tu nok?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...