September 26, 2008

Menjelang raya ni...

Menjelang raya ni, banyak lagu raya berkumandang riang di corong-corong radio; di pejabat, di klinik, di kedai jahit, kedai dobi, pusat membeli-belah, dalam teksi… semuanya nak mainkan lagu raya. Dalam banyak-banyak lagu ni, aku telah senaraipanjangkan lagu yang benar-benar WAJIB diperdengarkan time-time nak raya ni… here goes.

Selamat hari raya by Ahmad Jais
Tak sah kalau tak dengar lagu ni every time raya. It’s like the raya anthem for all Malaysian. Banyak cover version yang dah dibuat, tapi the original number by Ahmad Jais will always be the best. Very soothing and nostalgic. Terasa nak makan kuih jer bila dengar lagu ni. Opppsss puasa uolss…

Menjelang hari raya by Dj Dave
Satu lagi lagu klasik yang wajib dimainkan saban tahun. Setiap kali aku mendengar lagu ni, aku terasa mahu melonjak riang sambil menghayun-hayunkan (mangkuk hayun) bunga api dan menjadi budak kembali. Tapi awas… bermain bunga api may cause much trouble. Biar beringat sebelum terkena mmmkay.

Pulanglah by Aishah
One word… SENTAP!!! Tak boleh dengar lagu ni kalau tahun tu tak boleh balik raya. Sedih meleleh-leleh uolss. Tapi memandangkan aku balik kampung tahun ni, aku tak la terasa sangat. Harap-harap tahun depan ada la orang yang cukup kreatif mengubah balik lagu ni. Beri nafas baru agar orang-orang yang tak dapat balik kampung tak terlalu SENTAP setiap kali mendengar lagu ni. Wah… bayangkan lagu ni dalam versi rave.

Satu hari di hari raya by Sifu M. Nasir
Bila dengar lagu ni, terus aku macam membayangkan time-time aku bergelut nak mengikat kain samping di pagi raya. Dengan ayah nya lagi yang bising-bising sebab dah lambat nak ke masjid. Kerenah mak yang tak tau nak pilih jubah mana nak pakai dan kebingitan adik yang degil tak mahu mandi. Sungguh… this song can do that!

Balik kampung by Sudirman
Haaaaaa… lagu ni best kalau dipasang kuat-kuat dalam kereta sewaktu dalam perjalanan balik ke kampung. Lagi best kalau ikut nyanyi sekali sambil buat pouting-lips-head-banging action. Don’t worry guys… you will not loose your macho-ness if you play this song out loud during raya season. But it will when you play it during Agong’s birthday!!! o_0

Setahun sekali by Amy Mastura
Eh??? Lagu baru ni… Why? I am not quite sure why I should include this song into my list of lagu raya wajib. Tapi every time aku dengar lagu ni, hatiku terasa tercuit kelucuan. Cikgu Mastura; guru matematik ku dulu pernah menyarankan agar student-student yang tidak pandai mengira untuk menghafal lagu ni. It’s all in the lyric…

♫♪♫♫♪♫
Setahun hanya sekali,
Dua tahun dua kali,
Hari raya hari bahagia oh oh...
Setahun hanya sekali,
Dua tahun dua kali,
Namun kenangan di hari raya bersemi,
Dalam hati…
♫♪♫♫♫♪♫♫♪♫

Get what I mean?

Selamat hari raya to each and everyone of you. Drive safe and be cool yeah. Ingat orang yang tersayang! Remember me… (puke!)

I’MNOSUPERMANLAH: Cuti 2 hari jer raya tahun ni. Huhuhu

8 ulasan:

miezi said...

only lagu Aishah yg aku suka.
nway bro, selamat hari raya. :)
sorry salah silap, if any lah.eheh

Hidney said...

hi miezi... selamat hari raya utk miezi gak. kosong kosong k

eQbalzack said...

reel, tak aci! mana lagu raya dari my sis "ct nurhalija...???"

Hidney said...

reel x minat ct abg eq. hehe

k.e.r.i. said...

ye ke lirik lagu amy mastura macam tu?
kalo lagu m.nasir betol la lagu matematik..

"satu hari di hari raya, dua hari di hari raya, tiga hari di hari raya... "

haha~~

Hidney said...

hahaha k.e.r.i... boleh jugak tu. bijak sungguh awak ini. jom kita minum dulu

kin said...

Salam Lebaran Hidney :)

P/S : Kin pun tak minat CT gaks ...huhuhu

Hidney said...

salam lebaran gak buat kak kin. maaf zahir batin ek.

ramai yang tak minat siti ni? hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...